PERATURAN & KEMUDAHAN KURSUS

A. PERATURAN SEPANJANG BERKURSUS DI IPGKRM
Selamat datang diucapkan kepada semua peserta kursus. Terima kasih kerana memilih IPGKRM untuk perlaksanaan kursus tuan puan. Kami, warga IPGKRM mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke sini. Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan tuan puan , kami memohon jasa baik tuan puan untuk kita sama-sama mematuhi dan melaksanakan peraturan yang disediakan iaitu :
1. Tempat parkir kereta.
Peserta kursus diminta untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan iaitu kawasan parker di sebelah bahu jalan berhampiran Balai Kerapatan atau di kawasan parker Balai Islam. Peserta kursus dilarang sama sekali untuk meletakkan kenderaan di tempat parkir staf IPGKRM.

2. Merokok dan minuman keras 
Peserta kursus adalah dilarang untuk merokok dan membawa minuman keras sepanjang berada dalam kawasan IPGKRM.

3. Penjimatan elektrik dan air
Peserta kursus diminta untuk menggunakan kemudahan elektrik dan air di bilik kursus dengan cermat. Pastikan suis lampu dan kipas ditutup selepas digunakan.

4. Etika pakaian dan tatasusila
Peserta kursus diminta untuk menjaga etika pakaian mengikut garis panduan sebagai penjawat awam : tidak memakai pakaian yang menjolok mata, pastikan sentiasa kemas dan sesuai. Peserta kursus juga diminta untuk berkelakuan baik selanjang kursus, menghormati peserta kursus lain, tidak membuat kacau atau melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman orang lain.
Selamat berkursus.

Semoga tuan puan berpuas hati dan gembira sepanjang berada di IPGKRM. 
B. ANTARA KEMUDAHAN UNTUK BERKURSUS DI IPGKRM 
BILIK SEMINAR LDP
KAPASITI : 60 ORANG

BILIK BENGKEL LDP
KAPASITI : 40 ORANG


BALAI KERAPATAN
KAPASITI : 600 ORANG


 
 
BALAI ILMU
KAPASITI : 400 ORANG
 




KAFETARIA
KAPASITI : 200 ORANG




BALAI ISLAM

KOMPLEKS SUKAN




























No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.